Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 13, 2009

Hari malas dah mula

Dah kena penyakit MALAS.

Malas baca blog

Malas tulis komen

Malas update blog

Malas nak berfikir

Malas cari idea

Malas upload gambar

Malas nak mengadap internet

sebab busylah...

tengoklah lagi 16 bulan ke

aku update la blog ni

Nak tulis ni pun Malas betul rasanya..

Internet connection slow satu dari punca

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 
  
Saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya
Maaf Dzahir dan Batin
Jika terkasar bahasa, terlebih kata, terlanjur bicara
Maafkan saya
Saya hanya insan biasa
yang tidak pernah lari dari
melakukan kesilapan
Nota: Ini lirik lagu mana aku ambik ni?
Cuba teka? 
he he he he
Itu la pasal macam cantek aje ayat nya kan?

Thursday, September 17, 2009

Duit Raya

Sebelum di perintahkan berbaris untuk menerima taklimat tugasan
Siap sedia untuk bertugas pada Hari Raya Aidil Fitri nanti
Pasukan pegawai simpanan merangkap pegawai kesihatan he he...

Siapa kata di Malaysia sahaja ada duit Raya.

Di Myanmar pun tradisi memberi duit raya pun ada juga, mlah telah diamalkan sejak 357 A.D. lagi.

Tapi guna matawang Myanmar la, kalau diveri duit Malaysia pada anak anak Myanmar ni, mau budak budak tu buang masuk tong sampah atau dibuat kapalterbang kertas.

Depa cuma kenal not Myanmar dan USD sahaja.

Di Malaysia mesti sekarang ni ramai yang sedang beradu tenaga beratur, panjat kaunter dan tawar menawar dengan pihak Bank, Penghurup Wang dan mana mana agensi yang boleh kita 'pecahkan' duit.

Acara seterusnya selepas berjaya menukar kepada not baru ialah acara minta 'Paket duit Raya' FREE!

Dan mesti nak note yang baru baru sahaja.

Note lama tak main, nanti budak budak 'mengata belakang'

"Uncle tu bagi kita duit lama... bau ikan pulak tu, ni mesti tukar duit kat pasar..."
Dia ni memang minta note yang bau ikan... Ala comey nya muka...
"Encik bagilah saya duit nak beli ikan... Raya raya ni tak baik kedekut tauuuu...."

Wednesday, September 16, 2009

Bosan...

Suatu pagi yang hening, not happening,  di KLIA selepas sahur...beberapa tahun selepas masehi pagi tadi